Friday, November 19, 2010

tERJAh AIdilADha!!!

CEREKA PENDEK BUAT SEMUA...PERCUBAAN PERTAMA...:)

Di dalam sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang hidup keseorangan tanpa anak di sisi namanya Pak Ali…hidupnya begitu mudah dengan membela 3 ekor lembu…comot, cemut and cimit nama lembu-lembunya…didalam ketiga-tiga lembu itu si comot disayangi dan dan diberi makan sepenuhnya…cemut plak ala kadar,di berinya makan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja manakala cimit kurus sangat seperti tidak diberi makan lansung…

Comot sering menjadi temAN baik Pak Ali, kemana sahaja dia pergi comot sering dibawa kesana dan kesini..hingga satu ketika comot menjadi perhatian orang ramai…dengan kegemukan comot dan kegemahannya ia sering dipuja dan dipuji..manakala cimit dibiarkan keseorangan…sehingga kadang kala ia dilepaskan begitu sahaja…dia sering merayau-rayau di pelusuk kampung tanpa Pak Ali dan kadangkala menceroboh ke kebun orang untuk makan…kesian si cimit keseorangan…

Pada suatu hari, sempena hari raya korban nier ketua kampung dan orang ramai ingin membeli seekor lembu Pak Ali….lalu Pak Ali dipanggilnya untuk ke rumah beliau dengan jemputan Amran anak muda yang sihat dan kuat. Tanpa ada pilihan maka Pak Ali terpaksa menjual lembunya seekor..Pak Ali menjadi gusar dan tidak keruan kerana dia akan kehilangan seekor lembunya…jika ia menidakkannya, orang kampung akan cakap dia sombong dan takbur dengan apa yang dia ada…ish3…inilah dunia…kadang2..kita lebih fikirkan pandangan orangng dari pandangan orang dari pandangan sendiri...

Pada hari yang dinantikan,tanpa bersedia dia kebelakang rumah untuk membawa seekor lembu menemaninya. Sampai sahaja kekandang lembu,dia melihat setiap seekor lembunya..comot si gemuk,cemut si tengah manakala si cimit si kurus…dia serba salah lalu dia angkat ketiga-tiga tali yang mengikat leher mereka lalu di tarik…dia melepaskan si comot di dalam kandang kerana comot sering menemaninya….tinggal si cemut dan cimit sahaja yang tinggal dan dia terpaksa melepaskan salah seekor untuk disembelih…sampai sahaja di kawasan kebunnya, dia mengikat tali si cemut di dahan pokok kelapa..lalu dia bawanya si cimit untuk ke rumah ketua kampung..tanpa diduga sebuah kereta tidak menyedari kehadiran Pak Ali..lalu melanggarnya beserta si cimit..malang tidak berbau…matilah si cimit bersama tuannya…

Sebenarnya :

Si comot= harta dunia
Si cemut=anak dan isteri
Si cimit= pahala dan amalan akhirati

Ada di antara kita yang sering alpa dan lupa tentang kehidupan di akhirat kelak, ramai memilih si comot berbanding si cimit…si cemut hanya menjadi tatapan…si comot ditinggalakn di dalam kandang kerana ia tak akan pergi kemana-mana, si cemut hanya terikat di tengah jalan ibarat kubur pertengahan dalam kegelapan..dan si cimit yang kurus itu mati bersama tuannya yang lebih fikirkan duniawi tanpa memberi ia makan sepenuhnya…ketua kampung ibarat tuhan yang memanggil kita ke seruan pengakhiran kehidupan manakalaamran ibarat malaikat yang akan memanggil kita tanpa kita sedari..solusi keinsafan harus ada dalam sanubari keikhlasan dalam hati ini..kita seharusnya meletakkan dan memerlukan penjanaan elektrik dalam keimanan yang terus menyalurkan tanpa batasan,kerana ia bekalan di akhirat kelak…

Salam cetusan dari si comel,
Azim tam-tam…

2 comments:

  1. nice post awk... hope awk teruskan lagi...hahahhaha

    ReplyDelete
  2. waaa..hebat gile cite ka..upenya2 ade mksud dsbalik cite ye..bgos kasi pngajaran..

    ReplyDelete